Lepus townsendii
Lepus townsendii

Lepus townsendii

Arnab Jack (Kelinci) Berekor Putih (Lepus townsendii) ialah sejenis kelinci yang ditemui di bahagian barat Amerika Syarikat. Pernah seketika dianggap sudah pupus di alam liar[2], kini terbukti daripada pemerhatian, spesimen mangsa langgaran kereta dan rekod sejarah bahawa Lepus townsendii masih wujud di Taman Negara Yellowstone[3]. Seperti semua arnab yang lain, spesies ini menganggotai famili Leporidae dalam order Lagomorpha. Arnab ini dikenal pasti terbahagi kepada dua subspesies, iaitu L. townsendii townsendii dan L. townsendii campanius.